SAVE AL-QUDS CAMPAIGN

Posted in Events

unnamed 2     

Malaysia to use United Nations Security Council (UNSC) to defend Palestine against zionist atrocities: Ahmad Zahid

5 DECEMBER 2014 @ 6:55 PM

PUTRAJAYA, Dec 5 (Bernama) – Malaysia is to use its position as a non-permanent member of the United Nations Security Council (UNSC) for two years from next year to intensify efforts to defend Palestine against the atrocities of the Zionist regime, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said the government had decided that Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman would raise issues on Palestine at related meetings of the UNSC.

“Malaysia will surely play its role to champion Palestine and its people and, most importantly, save the Al-Aqsa Mosque from the Zionists,” he told a press conference after launching the ‘Save Al-Quds Global Campaign’ here today.

The ‘Save Al-Quds Global Campaign’, of which Ahmad Zahid is the patron, is an initiative to enlighten the people on the critical state of affairs of Al-Quds and the Al-Aqsa Mosque as well as pressure Israel to stop the Judaisation of Al-Quds.

Ahmad Zahid said the existence of Palestine, now recognised by 134 countries, raised awareness among the international community on the need for its proper defence.

“Although some countries which are our friends are friendly towards Israel, we hope the growing support for Palestine will indirectly pressure the major powers that have supported Israel all along to bow to the demand of the international community which wants an end to violence,” he said.

Visit their FaceBook page : https://www.facebook.com/savealquds 

Watch Astro Awani:
http://m.youtube.com/watch?v=yUJnreP9YlE

IMG 5640

IMG 56410

IMG 5642

IMG 5643

IMG 5644

KENYATAAN MEDIA

KEMPEN SELAMATKAN AL-QUDS
SAVE AL-QUDS CAMPAIGN

29 Oktober 2014

Mutakhir, Zionis Israel telah melanjutkan proses pengyahudian di Baitul Makdis. Ini merupakan satu perkembangan yang kritikal kerana mereka akan membahagikan Masjid al-Aqsa di antara umat Islam dan kaum Yahudi. Kini,  Zionis Israel sedang berusaha untuk meluluskan sebuah rang undang-undang bagi melaksanakan agenda jahat ini.

Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan maka orang Yahudi boleh melaksanakan ibadah mereka di dalam Masjid Al-Aqsa. Undang-undang ini juga menghalang sebarang perhimpunan di dalam dan persekitaran masjid apabila ianya di kuatkuasakan.

Memandangkan situasi semakin meruncing, maka satu pertemuan dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia telah diadakan dan perkara-perkara berikut disepakati:-

1) Menyeru kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi sidang khas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengutuk tindakan mencemar kesucian dengan membahagikan Masjid al-Aqsa

2) Memohon semua masjid di Malaysia mengadakan khutbah Jumaat khas mengenai situasi terkini di masjid al-Aqsa pada solat Jumaat bermula 31 Oktober 2014.

3) Menyarankan kutipan derma khusus untuk kempen Selamatkan al-Quds bermula solat Jumaat 31 Oktober 2014 di samping melaksanakan solat hajat.

4) Menyeru Kerajaan Malaysia memanfaatkan kedudukan sebagai negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang Israel meneruskan projek Pengyahudian AL-Quds.

5) Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lebih bersikap proaktif dengan menggembling  seluruh kekuatan negara-negara Islam bagi menghalang projek Israel.

6) Menyeru media Malaysia serta antarabangsa membuat liputan dan rancangan khas tentang situasi terkini di Al-Quds bagi membangkitkan kesedaran menyelamatkan al-Quds